Saturday 17 January 2015

Rindu

Ya Allah, saya merindui seseorang. Rindu sangat pada dia.

Rindu dan Kenangan

Rindu dan sentiasa terkenang akan dia. Teringan-teringat dan kalau boleh ingin kembali ke masa lalu. 

Sungguh merindui insan yang bukan hak kita, amat perit. Tambahan, dia amat baik dan kami tak pernah bergaduh besar. Perpisahan ini dirasakan tiba-tiba. Seperti kebahagian di rampas.

Tapi jauh dalam hati ini, berdoa semoga hati kami sentiasa dekat, moga dipertemukan semula dengan redha dan izin Allah. Semoga persahabatan dan kasih sayang yang telah terjalin lama di antara kami dapat disatukan. Hanya dengan pertolongan Allah sahaja, kerana saya hanya mampu berdoa dari jauh. Sesungguhnya, saya telah menunggu sejak lama untuk menjadi isterinya. 

Tapi, seperti tiada daya saya untuk menghalang perpisahan di antara kami. Dia terpaksa mengikut kata keluarga. Banyak perkara yang saya kesalkan. Terlalu banyak yang telah dikongsi bersama sejak zaman belajar lagi.  

Tabahlah wahai hati.. tabahlah..
  

Saturday 6 September 2014

Happy birthday

Happy Birthday dear me..

Semoga tabah menghadapi ujian. Tahun ini, kali ke-2 tanpa dia. Setelah selama hampir 13 kali meraikan bersama. Sedih.

Biarpun kini keadaan memisahkan kita, saya terharu kerana tetap menerima ucapan dan doa selamat dari dia. Ya Allah tabahkanlah hati ini. Aamiin..

Semoga hubungan silaturrahim dan kasih sayang yang telah dibina sekian lama ini dirahmati, biarpun keadaan kita sekarang terpisah.

Yang tinggal hanya kenangan indah yang tidak dapat dilupakan.

** akhir rasa ini - Samson

Sunday 26 January 2014

Ujian Hidup - Luluh



Awan mendung. 

Janganlah menilai hanya pada luaran. Sangkanya saya ini seorang yang kuat, tapi saya tidaklah sekuat yang disangka. Ujian ini benar-benar menguji. 

Hati ini seperti luluh dengan ujian yang menimpa diri. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini. Tatkala semuanya seperti sudah di dalam genggaman, tiba-tiba terlepas dan terpaksa melepaskan. Sedih, pilu, luluh. Benarlah hidup boleh berubah dalam sekelip mata. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada minit akan datang. 

Namun bagi saya, ujian yang menimpa diri membuatkan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih banyak merayu dan bercerita kepada Allah. Sentiasa tercari-cari ilmu dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah. Jika dahulu jarang untuk bertahajjud, tapi kini Alhamdulillah. Saya berharap dapat beristiqomah dan sentiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah yang baik. 

Di antara bahan bacaan yang berjaya mengusik hati saya ialah karya Prof Muhd Kamil Ibrahim, Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman. Saya juga mendengar tazkirah daripada Dr Maza tentang istighfar, ujian hidup, doa dan banyak lagi yang boleh didapati di youtube. Di samping itu, saya juga banyak membaca artikel daripada blog. 

Saya sentiasa berharap agar diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian hidup. Saya ingin bangkit semula daripada kegagalan dan kesedihan lalu. 




Sunday 19 January 2014

Gila ... Suka Sangat ... Kegilaan ...

Salam semua.

Gila kann :) (dalam nada riang yer)!. Macam-macam gila dan kegilaan dalam dunia ni. Gila shopping online, gila drama Korea, gila fb, gila kat artis, gila kat ex, gila warna pink, gila pancing, gila kerja, gila duit, gila masuk pertandingan atau contest, dan macam-macam gila lagi lah.

Masing-masing ada pendapat sendiri kenapa minat atau gila sangat kat sesuatu benda. Kadang-kadang minat atau kegilaan ni boleh buat duit jugak kan. Contoh kenalan saya minat fotografi, sekarang dah ada kamera yang besar tu tangkap gambar orang kawin. Dapat tambah pendapatan.

Ada kawan saya rajin dan suka sangat dengan pertandingan, contest dan kupon percuma. Walaupun tak menang hadiah utama, tapi bernasib baik dapat hadiah sagu hati. Kawan saya ni, memang selalu bernasib baik. Dia selalu dapat kupon percuma, cenderahati percuma, T-shirt dan cawan percuma dan macam2 lagi lah. Kadang-kadang kalau tak memang hadiah utama atau sagu hati pun, die selalunya masih dapat cenderahati sebagai penghargaan kerana ikut serta dalam pertandingan tu. Best kan.

Kalau yang gila drama Korea atau artis Korea lain pulak ceritanya. Mungkin ada di antara kita yang teringin atau sudah pun melawat Korea kerana minat atau gila pada cerita Korea. Ini semua penangan drama Boys Over Flower lah tu kan. Hehe. Lagipun, Air Asia kan ada. Katanya tambang murah.  Best jugak kan kalau dapat melawat ke Korea atau mana-mana sajalah. Tapi, duitnya mana yaaa....

Hmm, tiba-tiba rasa nak jadi kaya la pulak. Nak kene usaha kuat daripada sekarang ni. Semoga kaya dengan rezeki yang banyak, halal dan diberkatiNya. Dengan harapan rezeki tu dapat dikongsi bersama dan dapat memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga, kawan-kawan dan mereka yang memerlukan. Tapi pada masa yang sama bersyukur dengan apa yang ada sekarang dan berdoa semoga dicukupkan rezeki dan keperluan.

Kaya ni pun bukan hanya pada wang ringgit je kan. Kaya budi bahasa, kaya kasih sayang, kaya senyuman, roti kaya dan banyak lagi la. Caca marba la tulisan saya ni kan.

Tiba-tiba saya rasa macam panjang pula catatan saya hari ni.    Saya ni bukannya pandai menulis, menyusun ayat atau berbicara. Realitinya, saya pendiam dan selalu blank. Harap-harap saya tak berputus asa dalam percubaan saya menulis di blog.  Maaf lah kalau entri ni membosankan ya.

p/s : Kalu artis, saya gila kat m.nasir. hehe. 

Thursday 16 January 2014

Anis Choc Melt Cake Sedap !!!

Salam sejahtera semua. Macamana mood dan perasaan hari ni? Sedih, bengang, geram, gembira, terima berita terkejut, rasa nak melompat, atau tak dapat dapat nak gambarkan perasaan masing-masing hari ni.

Saya hari ni, syukur dan agak seronok sebab dapat merasa kek anis choc melt tu. Sedapnya. Teringin. Sanggup cari di stesen minyak di kawasan rumah. Nasib baik ada jual. Hehe, beli dan terus makan dalam kereta. Tadi pertama kali tau rasa kek tu. Tapi saya makan separuh dulu, lagi separuh makan malam nanti. Banyakla dalam bekas love tu, saya tak larat nak habiskan sekaligus tadi. Mungkin sebab sebelumnya dah makan nasi 2 pinggan kot. hehe.

Korang dah pernah rase tak kek coklat glamour ni? Sedap, rasa sekali mesti nak lagi.

Keluarga Iskandar


Salam sejahtera dan hai. Korang pernah tengok citer Keluarga Iskandar tak?. Citer ni best tau. hehe. Saya tengok melalui Youtube jer dulu. Tak sempat nak ikut kat tv, asyik tertinggal je saya ni. Tapi kan skrang ni dah ade ulang tayang balik tau kat tv,ptg2 xsilap. Seingat saya semua watak saya enjoy tgk. Korang kalu tengok, korang suker watak saper?. saya ingat2 lupa citer tu sbb tgk skali jer n dah lama plak tu. Tapi saya still ingat kat watak budak name Om tu.